22 Rejab 1433H. [MOD] -
PARIS - Bapa Mohamed Merah, remaja yang ditembak mati selepas dia menembak tujuh orang, secara formal memfailkan kes saman terhadap pihak berkuasa Perancis atas kematian anaknya itu.
Seorang peguam Mohamed Benalel Merah, yang tinggal di Algeria berkata, kes itu dibawa terhadap pihak yang memberikan arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.
Peguam Perancis, ISabelle Coutant-Peyre yang membantu peguam Algeria Zahia Mokhtari memfailkan kes ini di di sini semalam.
"Kes ini difailkan ke atas individu-individu yang tidak dinamakan, yang bertanggungjawab atas kematian dengan memberi arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis," kata Coutant-Peyre.
Mohamed ditembak mati di Toulouse selepas kepuangan semalam 32 jam.
Mohamed mengaku telah membunuh tujuh orang termasuk kanak-kanak Yahudi, kejadian yang menggemparkan Perancis 22 Mac lalu.
Dia dinamakan sebagai 'scooter killer' sebab menggunakan skuter dicuri untuk melancarkan tiga serangan berasingan di Toulouse dan bandar berhampiran Montauban.
Mohamed Benalel Merah sebelum ini pernah berkata, dia mahu mengambil tindakan perundangan ke atas kematian anaknya yang berusia 22 tahun.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan