7 Syaaban 1433H. [MOD] -
DILI: Polis di Timor Timur menemui sebuah kubur besar mengandungi 52 mayat dekat bangunan kerajaan di bandar raya ini, dengan pemeriksaan awal mempercayai mayat terbabit bukan warga Timor Timur, kata pihak berkuasa semalam.
Pekerja binaan menemui mayat minggu lalu di sebuah taman di luar istana kerajaan menghadap laut, yang menempatkan pejabat Perdana Menteri Xanana Gusmao sebelum menghubungi polis.
Pada 1975 Indonesia menjajah wilayah bekas koloni Portugis itu, bermulanya penjajahan 24 tahun yang menganggarkan 183,000 orang terbunuh atau mati kelaparan. Namun, Komander Khidmat Siasatan Jenayah Timor Timur, Superintendan Calisto Gonzaga berkata, pemerikasaan awal mendapati rangka tulang ditemui itu mungkin bertarikh pada 1975 kerana ia kelihatan lebih besar daripada masyarakat tempatan. - Timor Timur Guide Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan