12 Oktober 2012

Angka kematian wabak meningitis kini 14 orang di AS


26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


CHICAGO: Angka kematian akibat wabak berbahaya meningitis di Amerika Syarikat yang berpunca daripada ubat yang tercemar meningkat kepada 14 orang manakala jumlah kes bertambah kepada 172 membabitkan 11 wilayah, kata pegawai kesihatan. 

Semalam, jumlah kematian yang dicatatkan ialah 12 orang dan membabitkan 137 kes. 




Penyiasat berkata, seramai 13,000 orang di 23 wilayah mungkin sudah  disuntik steroid yang tercemar iaitu suntikan biasa untuk merawat sakit belakang. 

Wabak berkenaan menyebabkan gesaan supaya langkah lebih ketat dikenakan terhadap industri pengeluaran produk farmaseutikal. - AFP

Tiada ulasan: