26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong dari Timur Tengah sepatutnya
membawa rezeki melimpah kepada pemandu teksi Malaysia, namun keadaan
sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri dengan kehadiran ratusan
‘ulat teksi Arab’ yang bergiat aktif di kawasan tumpuan pelancongan
negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.
Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan
dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal
mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi.
Difahamkan, pendapatan tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit
dianggarkan mencecah RM100 juta setahun dan ia merugikan pendapatan
negara yang sepatutnya dikutip daripada sektor pelancongan.
Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala
Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud
300 ulat teksi Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan
eksklusif untuk pelancong Timur Tengah.
Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000
sebulan, tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi
secara haram di Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan
menawarkan pakej perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan
mereka difahamkan sudah bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu.
Harian Metro
2 ulasan:
mana kementerian2 yg berkaitan ???? tido ke atau makan gaji buta ??
Pihak berkuasa dok tidur ka?
Catat Ulasan