26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
PASIR GUDANG
– Rata-rata pengguna jalan raya di Jalan 11 ½ Jalan Masai Lama, di sini
menggelarkan lubang seperti kawah di tengah jalan sebagai lubang
'puaka' kerana kerap mengundang kemalangan.
Seorang
pengadu, Mohd Latif Mohamad, 32, berkata, jalan itu kerap digunakan
pekerja industri yang menghubungkan Lebuh Raya Pasir Gudang ke kawasan
perindustrian Plentong.
Menurutnya, lubang yang
pada awalnya kecil semakin besar dan dalam selepas dibiarkan lebih enam
bulan tanpa tindakan membaik pulih di jalan berkenaan.
“Ramai
yang menjadi mangsa angkara lubang ini kerana kedudukannya di
tengah-tengah jalan sehingga banyak kenderaan yang mengalami kerosakan.
“Saya
sendiri tercedera selepas motosikal yang ditunggang gagal mengelak
lubang ini sehingga terlibat kemalangan, malah ada peristiwa yang hampir
meragut nyawa penunggang motosikal,” katanya kepada Sinar Harian, di
sini, semalam.
Mohd Latif berkata, keadaan
bertambah bahaya pada waktu malam kerana sepanjang laluan dari kawasan
perindustrian Plentong ke Lebuh Raya Pasir Gudang itu gelap tanpa
diterangi cahaya lampu jalan.
Menurutnya, dalam
kebimbangan pekerja industri memikirkan keselamatan melalui jalan gelap
berkenaan, masih ramai yang tersungkur ke dalam lubang itu sekiranya
tidak berhati-hati.
“Ada yang menjadi mangsa
pada musim hujan kerana limpahan air hujan ke permukaan lubang di tengah
jalan itu membuatkan pengguna jalan raya tidak nampak keadaan itu
“Kita
minta jasa baik pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera
dengan menurap semula jalan berkenaan kerana kita tidak mahu ada yang
terkorban akibat lubang yang semakin besar itu,” katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan