26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
(Hamid Ismail...Peguam muda yang terkenal di Sabah)
KOTA KINABALU: Hamid Ismail baru berusia 36 tahun.
Namun kerana minatnya dalam kes litigation (berguam di mahkamah), beliau
menjadi peguam jenayah terkenal di Sabah khasnya di Kota Kinabalu ini.
Sebagai seorang peguam muda dan terkenal dengan kesanggupan pelanggan beliau membuat bayaran yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya, penyertaannya ke dalam PAS dua tahun lalu memberikan impak besar kepada parti Islam itu.
Dalam pertemuan dengan Harakahdaily baru-baru ini, Hamid secara santai menceritakan apa yang beliau mahu buat melalui PAS.
"Bagi saya, sebagai peguam saya mahu sekurang-kurang petugas dan undang-undang syariah itu sendiri dinaikkan tarafnya.
"Kalau hakim mahkamah sivil tidak perlu berfikir banyak tentang bil-bil bulanan yang mereka terpaksa bayar kerana gaji mereka agak lumayan, ia sangat berbeza dengan hakim-hakim mahkamah syariah yang sepatutnya setaraf dengan mereka.
"Tiap-tiap bulan, saya lihat hakim-hakim mahkamah syariah ini masih pening memikirkan bil-bil yang perlu mereka bayar. Apatah lagi untuk hidup sedikit selesa sebagaimana rakan-rakan mereka di mahkamah sivil.

"Jika demikian, bagaimana mereka mahu memberi tumpuan kepada kerja
mereka sebagai hakim dengan baik," cerita Hamid, bekas pelajar
Universiti Islam Antarabangsa itu.
Perkara ini, kata Hamid, tidak patut berlaku kerana kerajaan telah menyamatarafkan kedua-dua mahkamah.
Apa yang berlaku, kata Hamid yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PAS dalam pilihan raya umum nanti, mahkamah sivil ada akta khas yang menjaga kepentingan hakim melalui gaji dan elaun yang ditetapkan.
Tetapi, ia tidak berlaku kepada hakim-hakim mahkamah syariah.
"Saya yakin, kalau kita perjuangkan, ia boleh diselesaikan dengan baik," kata Hamid yang dianggap antara peguam jenayah terbaik di Kota Kinabalu ini.
Memandangkan beliau terlalu fokus kepada undang-undang jenayah ini, banyak kes jenayah yang beliau kendalikan dibuat secara percuma (pro-bono) sahaja kerana bagi beliau ia mudah sahaja.
Ramai juga hakim di Kota Kinabalu yang agak terkejut bagaimana seorang tertuduh kes jenayah yang miskin mendapat khidmat Hamid yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi itu.
Namun ia disedari apabila diberitahu, kes itu dibuat secara pro-bono oleh Hamid.

Undang-undang syariah
Selain
itu, Hamid juga mahu kerajaan khasnya negeri Sabah mengkaji balik
kedudukan beberapa undang-undang syariah yang boleh diupgradekan tanpa
melibatkan pertukaran yang besar.
Ia boleh dibuat dengan mudah melalui kerangka yang ada tanpa perlu membuat pertukaran yang besar.
Begitu juga bidangkuasa mahkamah syariah, ia perlu juga dipertingkatkan, kata Hamid, cucu kepada bekas Imam Besar Sabah yang terkenal dengan nama Imam Pandian.
Sebagai anak jati Kota Kinabalu, Hamid juga amat berminat tentang Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang sememangnya amat ramai di persekitaran keluarga beliau di Kota Kinabalu ini.
Bagi Hamid, konsensus perlu dicapai agar ia diselesaikan dengan baik dan mengikut saluran undang-undang yang ada.
"Selama ini, pemimpin kita lebih kepada cakap sahaja dalam isu ini untuk kepentingan masing-masing tetapi tidak ada pelaksanaan atau penguatkuasaannya," kata Hamid.

harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan