08 November 2012

Apa keputusan muktamad pelaksanaan GST

23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah keputusan muktamad tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PAS itu turut meminta menteri berkenaan menyatakan berapakah kos persiapan pelaksanaan sistem GST dan berapakah yang telah dibelanjakan serta syarikat manakah yang diberi untuk menyediakan sistem GST.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan usaha yang dibuat bagi mengelakkan kesesakan berterusan laluan jalan raya KL - KB terutamanya pada musim perayaan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh mana Kementerian menyedari bahawa Pekeliling Iktisas Bil 13/2008, Bil 5/2009 dan Bil 14/2010 memberi kuasa yang terlalu luas kepada sekolah dan PIBG untuk mengenakan yuran kepada murid/pelajar.
Adakah Kementerian berhasrat untuk mengeluarkan Pekeliling baru yang menghadkan kadar yuran tambahan yang selaras untuk semua sekolah.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan purata isirumah yang mempunyai hutang dengan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah peruntukan untuk kos pembinaan atau pembaikan dan baik pulih serta tarikh jangka siap untuk projek-projek berikut :-
(a) baik pulih dan pembaikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Terengganu; dan
(b) pembinaan Istana Baru Terengganu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu dan pembinaan jambatan baru Bukit Kuang merentasi Sungai Kuang di Kampung Bakau Tinggi, Cukai Kemaman.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah bentuk mekanisme kawalan bagi memastikan hanya pelajar luar negara yang layak akademik dan mampu saraan sahaja yang dibenarkan menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti tempatan.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah konkrit diambil oleh Kementerian untuk mempertingkatkan j-Qaf ke peringkat sekolah menengah setelah terbukti berjaya di peringkat sekolah rendah.

harakah/-

Tiada ulasan: