23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
BERA – Bagai menunggu buah tak gugur. Demikian perumpamaan sesuai
untuk menggambarkan situasi dihadapi seorang peneroka, Mat Desa
Abdullah, 60, apabila permohonan pinjaman perumahan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (Felda) dibuatnya pada 2008 masih belum diluluskan
sehingga kini.
Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana jiran berdekatan yang memohon pada tahun sama, kini sudah menikmati pinjaman tersebut.
Katanya, kediamannya itu bukan sahaja masih rumah asal Felda, malahan tidak lagi kukuh dan reput.
“Saya antara peneroka terawal memohon pinjaman itu. Ada yang lewat, namun permohonan mereka sudah diluluskan.
“Memang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Kalau boleh, Felda perlu memberi keutamaan kepada peneroka yang membuat permohonan lebih awal,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati Mat Desa sekeluarga masih menggunakan rumah asal walaupun dia sudah membina ruang tambahan yang disambung bersebelahan kediaman tersebut.
Mat Desa berkata, keadaan rumah itu didapati kurang selamat didiami mereka enam sekeluarga kecuali untuk tidur sahaja.
“Rumah asal masih digunakan, tetapi untuk tidur sahaja. Kalau tetamu datang, kami terpaksa menggunakan rumah ‘baru’. Tambahan pula beberapa bahagian dinding rumah itu semakin reput,” katanya.
Sehubungan itu, Mat Desa berharap pengurusan Felda dapat memproses permohonan pinjaman tersebut supaya rumahnya dapat berganti baru.
Sementara itu, Pengurus Rancangan, Adlan Hussan berkata, kelulusan permohonan pinjaman perumahan dibuat peneroka bergantung kepada keadaan rumah.
Menurutnya, keutamaan diberikan kepada rumah peneroka di Tahap 1 dan 2 yang seharusnya dibaiki, dinaikkan taraf atau diganti segera.
“Bagi permohonan Mat Desa, pengurusan Ibu Pejabat Felda mendapati ia berada di Tahap 3. Sebab itu kelulusannya lewat berbanding permohonan lain.
“Permohonannya tetap diproses dan sekarang hanya menunggu kelulusan daripada Ibu Pejabat Felda bila-bila masa sahaja,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan