23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat
sidang media di lobi parlimen.
Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah
Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah
institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.
"Pada
fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang
berunsurkan "konflik kepentingan" kerana sidang-sidang media yang akan
datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.
"Sebelum ini beliau
tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat
di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mengulas larangan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini
mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang
bukan ahli parlimen.
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.
Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan.
"Tindakan
Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat
biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan
merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya.
malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan