23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
LOS ANGELES: Rekod penonton teramai dalam rating televisyen dalam pemilihan Presiden Barack Obama empat tahun lalu sekali lagi terbukti lagi ketika pemilihan semulanya ke Rumah Putih yang berlangsung, semalam.
Agensi kaji selidik media, Nielsen Co. berkata, dianggarkan 66.8 juta orang di seluruh dunia menonton keputusan pilihan raya berkenaan yang dipancarkan menerusi stesen televisyen dan rangkaian kabel penyiaran.
Bagaimanapun, jumlah penonton sedikit menurun berbanding rekod 71.5 juta yang menyaksikan pemilihan presiden AS pada 2008 selepas ia mencatat sejarah sebagai presiden pertama daripada warga Afrika-Amerika.
Stesen penyiaran NBC mencatat jumlah tertinggi penonton semalam dengan purata 12.1 juta orang ketika masa puncak antara jam 8 malam hingga 11 malam.
Fox News Channel di tempat kedua dengan 11.4 juta penonton, juga ketika waktu punca menjelang keputusan pemilihan. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan