08 November 2012

39 maut, 155 cedera gempa 7.4 magnitud di Guatemala


23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



GUATEMALA CITY: Angka kematian akibat gempa kuat di Guatemala meningkat kepada 39 orang dengan 155 lagi cedera.

Presiden Otto Perez yang mengesahkan perkara itu berkata, angka itu diperoleh selepas meninjau kawasan bencana di barat daya negara itu. 
“Kami memperoleh angka korban setakat ini 39 orang. Ia satu tragedi," katanya kepada pemberita selepas angka 

korban awal ialah 15 orang. 

Mangsa yang maut ditemui di empat pekan di San Marcos yang terletak berhampiran sempadan Mexico dan 250 kilometer di brat ibu negara Guatemala.

Sebanyak 12 lagi mayak ditemui di San Cristobal Cucho, lapan di Esquipulas Palo Gordo dan lima di San Marcos manakala baki di pekan La Reforma, San Pedro Sacatepequez dan Quetzal.

Gempa berukuran 7.4 magnitud memusnahkan 131 rumah dan mencederakan 155 penduduk di San Marcos department.

Perez berkata, pihak berkuasa kini membuka 11 kem perlindungan sementara yang mampu menampung 800 orang. 
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku jam 4.35 petang waktu tempatan berpusat di 163km di barat daya Guatemala City. - AFP

Tiada ulasan: