23 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SAYA sentiasa terbuka dengan komen dan kritikan. Samada betul atau tidak
soal lain. Ada yang dipergunakan untuk halang program ANAK walaupun
tidak tahu hujung pangkal. Pengalaman semasa Kembara Oren Selamatkan
Felda di Perak baru2 ini adalah contoh jelas.
Sukarelawan
ANAK bertanya secara baik kenapa halang konvoi kami, ' kami ikut2 je',
jawab bebudak bawah umur(sekitar 16-20 tahun) di Pondok Kawalan Felda
Lawin Selatan.
Bila kami berhujah pula dengan
anggota Rela, mereka jawab, kami ikut arahan pengurus Felda. Talipon
Pengurus berpuluh kali tak dapat. Akhirnya Rela pun tidak mahu ambil
tanggungjawab. Bila siasat, rupa2nya beberapa kerat pemimpin Umno yang
hasut.
Di Felda Lasah, penduduk yg dipaksa
demo halang konvoi ANAK, dapat menyaksikan sendiri gelagat pemimpin dan
penyokong tegar UMNO yang hilang pertimbangan. Kami cool sahaja.
Meskipun saya direntap dari dalam kereta dan ditolak dengan begitu
kasar, saya tetap tenang. Sebiji batu yang mengenai saya pun, saya hanya
istighfar....
Terlalu kecil ujian jika
dibandingkan orang lain. Saya pernah dikepong, ditahan dan dilokap
kerana memperjuangkan hak rakyat. Berani kerana benar, takut kerana
salah!
Sekadar melontar persoalan, kenapa saham FGVH merudum tinggal RM4.65 seunit; peneroka tidak demo depan pejabat FGVH?
Peneroka dapat 800 unit saham dan kena bayar pinjaman pada Bank, tidak demo depan Isa Samad dan Ahmad Maslan?
23,000
kakitangan Felda meminjam kpd bank untuk saham FGVH melalui borang pink
form dan menanggung rugi ketika ini; tidak berhajat ke buat tunjuk
perasaan depan Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda?
Isa Samad dan Sabri Ahmad dapat 180,000 unit saham kenapa tak demo?
Harga Sawit tinggal RM350 setan tidak berhajat nak buat demo?
Harga getah tak sampai RM4 sekg tidak teringin nak tunjuk perasaan?
Saya
sedar dan maklum waktu ini betapa gelisahnya warga Felda dengan
kejatuhan harga komoditi dan saham FGVH. Saya terima begitu banyak
panggilan talipon, sms dan keluhan dalam emel saya mengenainya. Paling
baru,
saya dihubungi staf2 Felda mengenai pinjaman saham FGVH. Jumlahnya terlalu besar dan mereka sengsara nak bayar balik pinjaman.
Semua
terpedaya dengan jaminan pemimpin UMNO. Penyenaraian FGVH adalah
transformasi global yang menguntungkan, kononnya. Kita kena sokong.
Durian runtuh, bodoh tak ikut. Tak kan pemimpin nak tipu kita.
Peliknya, saham jatuh, harga komoditi jatuh; masih jadi pak turut?
Maka, bersenang lenang dan berdondang sayang Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan kuncu2nya...
Sampai bila nak kena tipu?
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan