09 November 2012

Dalang filem hina Nabi dipenjara

24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




(Youssef mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden kepada akhbar)

CALIFORNIA: Mark Basseley Youssef, dalang filem hina Nabi, Innocence of Muslims, yang mengakibatkan berlakunya banyak keganasan di Timur Tengah, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara bagi pelanggaran percubaan yang tidak berkaitan dengan filem.

Hukuman itu diputuskan Rabu lalu selepas tawaran rayuan telah dicapai antara peguam Youssef dan pendakwa raya persekutuan.

Youssef mengaku menggunakan beberapa nama palsu dan melanggar perintah percubaan dengan mendapatkan lesen pemandu California yang palsu di bawah nama palsu untuk melakukan penipuan bank.

Hakim Mahkamah Daerah AS Christina Snyder menerima perjanjian rayuan dan terus menghukum Youssef selepas dia mengaku bersalah dalam empat dari lapan dakwaan pelanggaran.

Tidak lama selepas Youssef meninggalkan mahkamah, beliau mengeluarkan kenyataan provokatif melalui peguam beliau, Steven Seiden.

"Satu perkara yang beliau mahu saya beritahu anda semua adalah Presiden Obama mungkin telah mendapat Osama bin Laden, tetapi dialah orang yang membunuh ideologinya," ujar Seiden.

Bila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut, Seiden berkata, "Saya tidak tanya beliau, dan saya tidak tahu."

Pendakwa raya bersetuju untuk menggugurkan empat tuduhan di bawah perjanjian rayuan, termasuk tempoh percubaan yang lebih lama.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa tiada pelanggaran adalah ekoran kandungan "Innocence of Muslims", filem yang menyinggung umat Islam.

Keganasan maut yang diakibatkan filem itu tercetus 11 September lalu dan merebak ke banyak bahagian di Timur Tengah.

Tetapi Penolong Peguam Amerika Syarikat, Robert Dugdale berhujah bahawa pembohongan Youssef tentang identiti beliau telah menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, termasuk kepada barisan pelakon dan krew filem tersebut.

"Mereka tidak mempunyai idea bahawa dia sebenarnya adalah seorang penjenayah yang baru dilepaskan," ujar Dugdale Rabu lalu. "Sekiranya mereka mengetahui perkara  itu, mereka mungkin akan berfikir panjang" untuk mengambil bahagian dalam filem berkenaan.

Beliau berkata mereka telah menerima ancaman bunuh dan merasakan bahawa kerjaya mereka telah hancur.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: