24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
LEBIH tiga lokasi sudah dikenal pasti! Itu pendedahan awal Jabatan
Mineral dan Geosains Malaysia, Perak berhubung penemuan emas yang
diyakini berdaya maju untuk dibangunkan di negeri ini.
Pengarahnya, Dr Kamaludin Hassan berkata, penemuan yang dilakukan
melalui kajian ‘Servey Geo-Kimia Rantau’ itu ibarat pembukaan lembaran
mineral baru di beberapa lokasi di negeri ini sebagai lubuk emas setelah
dahulunya kaya dengan sumber bijih timah.
Malah menurutnya, melalui kajian yang dimulakan sejak 2005 itu juga
sudah menemukan mereka kepada 16 keping emas yang sudah diperakui
ketulenannya.
Bagaimanapun jelas Dr Kamaludin, kajian selama enam tahun itu
sebenarnya hanyalah satu eksperimen permulaan dalam usaha jabatan
mengenal pasti sumber mineral baru di Perak.
“Masih banyak kajian dan penyelidikan lebih teliti perlu dilakukan
dalam ‘pencarian emas’ ini, namun saya pasti, sekiranya penemuan ini
berjaya dibangunkan ia akan menjadi satu lagi sumber pendapatan tambahan
ekonomi negeri,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung penemuan sumber mineral baru
di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir, ikuti temu bual secara eksklusif Dr
Kamaludin dalam Sinar
Harian hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan