24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tun Musa Hitam bersara sebagai Pengerusi Sime
Darby Bhd pada mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu pada Khamis
selepas beliau menolak untuk dilantik semula sebagai seorang pengarah.
Sime Darby berkata, Musa terlebih dahulu menyatakan bahawa beliau
akan bertanding semula pada AGM tahun ini seperti yang dinyatakan dalam
laporan tahunan syarikat 2012.
“Bagaimanapun, beliau menjelaskan kepada lembaga pada pagi ini bahawa
beliau, pada masa itu, tidak dapat menyatakan niat sebenarnya kerana
beberapa sebab, termasuk keinginan untuk membendung spekulasi,” katanya.
Ia menambah, Musa juga berkata persaraan beliau adalah sesuatu yang asalnya telah dirancang lebih awal.
“Saya berniat untuk berkhidmat dengan Sime Darby untuk tiga tahun
dari 2007.
Bagaimanapun, kerana beberapa sebab, keputusan itu
ditangguhkan sehingga sekarang. Sekarang, saya menyerahkan tampuk
syarikat besar ini kepada pemimpin generasi seterusnya, saya berbuat
demikian dengan rela hati,” kata kenyataan itu, memetik Tun Musa, ketika
beliau menyatakannya kepada pemegang saham pada AGM.
Sime Darby berkata, berikutan persaraan beliau sebagai pengerusi dan
pengarah Sime Darby, beliau juga berhenti daripada menjadi pengerusi
jawatankuasa dan pencalonan Sime Darby.
Susulan daripada persaraan Musa, Tan Sri Samsudin Osman akan berkhidmat sebagai pengerusi lembaga sementara.
Musa, 79, dilantik menyertai lembaga Synergy Drive pada 29 September 2007 sebagai pengerusi dan pengarah bukan eksekutif.
Synergy Drive yang memperoleh Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope
Plantations dan Kumpulan Guthrie Bhd pada 2007 disenaraikan pada Bursa
Malaysia kemudian sebagai Sime Darby Bhd.
Pada AGM yang diadakan pada Khamis, pemegang saham meluluskan dividen
akhir tahap satu sebanyak 25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan
berakhir 30 Jun, 2012.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan