24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
DIBURU...Nor Hashim (kiri) memegang gambar suspek dirakam CCTV.
LICIK...suspek berurusan di kaunter pembayaran di sebuah restoran.
NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang
palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah
di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup
(CCTV).
Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan
seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta
seorang bayi.
Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan
berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di
sekurang-kurangnya tiga kedai.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.
“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan