24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali
ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang
terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum.
Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan.
"Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Muktamar yang akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu akan bermula 14 hingga 15 Nov, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan.
Tambah Khairul Faizi, pada muktamar itu Pemuda akan melancarkan beberapa aktiviti seperti Alternative Photography Club, Facebook dan Twitter DPPM, Filem Maya Oley2 dan pelancaran DVD Animasi kartun PASTI.
Selain pelancaran itu, majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh Pemuda dan pejuang rakyat, serta anugerah PASTI akan turut disempurnakan.
harakah/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan