24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU – Tindakan biadab seorang anak yang bertindak mengejar
ibunya sendiri dengan sebilah pisau mendapat pembalasan apabila dia
dihukum penjara selama 8 bulan dan denda sebanyak RM3,000, semalam.
Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Muhamad Sofian A Aziz, 29,
bakal berdepan dengan tambahan penjara selama tiga bulan lagi.
Keputusan itu dibuat selepas Majistret Rozianti Mohamed menerima
pengakuan bersalah tertuduh yang juga pencari barang terbuang itu.
Muhamad Sofian yang tinggal di Kampung Gong Tok Nasek dituduh melakukan
ugutan jenayah dengan mengejar ibunya, Siti Fatimah Seman Ahmad, 57,
dengan menggunakan pisau.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 November lalu, jam 9 pagi di
Kampung Gong Tok Nasek dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap
ibunya, seorang penenun songket.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, hanya disebabkan permintaannya
untuk mendapatkan sejumlah wang dipercayai untuk membeli dadah tidak
dipenuhi, seorang anak sanggup mengejar ibunya dengan menggunakan
sebilah pisau.
Tidak cukup dengan itu, suspek juga bertindak ganas merosakkan beberapa
peralatan yang ada di rumah mereka, termasuk peralatan menenun songket
milik mangsa yang digunakan untuk mencari rezeki.
Kejadian pada jam 9 pagi di Kampung Gong Tok Nasek itu berlaku apabila
mangsa enggan memberikan wang sebagaimana dikehendaki suspek, sebelum
lelaki itu naik hantu dan mengamuk sebelum mengejar ibunya dengan pisau.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan melihat perlakuan agresif suspek segera keluar dari rumah kerana bimbang diapa-apakan.
“Bagaimanapun, tindakan kurang ajar suspek disedari seorang ahli keluarga yang kemudian menghubungi polis.
“Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek di rumah keluarganya
beberapa jam selepas kejadian. Suspek dilaporkan selalu meminta RM50
setiap hari daripada ibunya,” katanya.
sinar/-
1 ulasan:
Dengan hanye mendende, ianye pasti tidak menginsafkan si anak tu.
Sepatutnye si anak tu di kenekan hukuman sebat - se kurang2 nye 3 sebatan, baru le setimpal dengan kesalahan nye.
Catat Ulasan