21 Disember 2012
Jelajah Oren Selamatkan Felda Pahang esok
7 Safar 1433H. [MOD] - TEMERLOH: PAS Pahang dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka (Anak) akan akan menganjurkan program ‘Jelajah Oren Selamatkan Felda’ besok, Sabtu dengan konvoi melibatkan empat kawasan parlimen.
Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang, Md Jusoh Darus, konvoi membabitkan 50 buah kereta dan 50 buah motosikal itu akan disertai kepimpinan PAS Negeri Pahang, pimpinan Anak Pusat serta bekas pegawai tinggi Felda merentasi Bera, Maran, Jerantut dan Kuala Krau.
“Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan satu-satunya agensi Melayu itu.
“Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.
“Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi RM2 bilion,” katanya.
Tambahnya, pemegang saham tidak mahu KPF menjadi seperti Koperasi Maika Holding milik MIC yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik.
Sementara itu mengenai program besok, Md Jusoh berkata, akan bermula pukul 8 pagi mula berkumpul di Felda Bukit Kepayang, Bera.
Selepas itu bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran dan sehinggalah ke Jengka 12 (Parlimen Jerantut). Program akan berakhir dengan ceramah umum di Jengka 11 pada sebelah malam.
“Setiap destinasi persinggahan akan diadakan edaran risalah penerangan, ceramah ringkas, ziarah dan sidang media kepada wartawan,” katanya.
Harakah Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan