21 Disember 2012
Toure raih Pemain Terbaik Afrika
7 Safar 1433H. [MOD] - PEMAIN tengah Manchester City, Yaya Toure dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2012, berjaya mempertahankan gelaran itu buat kali kedua berturut-turut, semalam.
Majlis penyampaian berlangsung di ibu kota Ghana Accra.
Toure menewaskan rakan senegara dan juga bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan pemain tengah Arsenal, Alex Song, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Toure, yang memenangi anugerah itu tahun lepas, sebahagian daripada pemain pasukan Ivory Coast yang akan menyertai Piala Negara-Negara Afrika.
Ia akan berlangsung di Afrika Selatan bulan depan.
Song kini bermain untuk Barcelona manakala Drogba mewakili Shanghai Shenhua sejak Mei lepas.
Bagaimanapun gelaran terbanyak pemain terbaik Afrika masih lagi dipegang oleh bekas penyerang Barcelona, Samuel Eto'o yang memenanginya sebanyak empat kali.
Dalam pada itu, Zambia yang merangkul juara Piala Afrika pula dinobatkan sebagai pasukan terbaik, dan Herve Renard meraih jurulatih terbaik.
Berikut senarai pemenang Pemain Terbaik Afrika:
2006 Didier Drogba
2007 Frederic Kanoute
2008 Emmanuel Adebayor
2009 Didier Drogba
2010 Samuel Eto'o
2011 Yaya Toure
2012 Yaya Toure
Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan