22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Melaka: Dua individu termasuk seorang wanita yang juga pekerja kedai
makan terbunuh apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam dua
kemalangan ngeri berasingan malam kelmarin dan semalam.
Difahamkan, dalam kejadian pertama jam 10.10 malam kelmarin,
motosikal Honda EX5 ditunggang Mohd Nizam Hassan, 31, merempuh
belakang sebuah kereta dan ‘melekat’ pada cermin kenderaan itu di
Persimpangan Bukit Katil, di sini.
Sumber berkata, siasatan mendapati kereta Hyundai Matrix dipandu
lelaki berusia 45 tahun itu berhenti di laluan kanan persimpangan lampu
isyarat berikutan lampu merah.
“Pada waktu itu, tiada kenderaan lain berada di lokasi kejadian sebelum lelaki terbabit menyedari keretanya dirempuh sebuah motosikal dari belakang hingga penunggangnya melekat pada cermin.
“Pada waktu itu, tiada kenderaan lain berada di lokasi kejadian sebelum lelaki terbabit menyedari keretanya dirempuh sebuah motosikal dari belakang hingga penunggangnya melekat pada cermin.
MAYAT mangsa nahas terbaring atas jalan di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil.
“Terkejut dengan keadaan itu, lelaki yang dipercayai turut bersama isteri dan dua anaknya memandu keretanya sedikit ke depan sebelum mangsa terjatuh ke jalan dan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan