05 Mac 2013

Penumpang pesawat Qantas Airways cemas

22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Penumpang pesawat Qantas Airways cemas
Pesawat mendarat semula di Sydney
 
SYDNEY - Seramai 50 penumpang dan krew pesawat Qantas  Airways terpaksa menerima rawatan kecemasan selepas suhu dalam pesawat meningkat 40 darjah Celsius akibat masalah penghawa dingin.
        
Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Sydney ke pulau Lord Howe yang mengambil masa dua jam.

Jurucakap syarikat penerbangan milik Australia itu berkata, penerbangan itu terpaksa berpatah semula bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Kerosakan pesawat penerbangan QantasLink QF2260 disebabkan masalah teknikal,” katanya.

Menurutnya, dua penumpang dikejarkan ke hospital manakala penumpang lain bersama krew penerbangan milik Australia itu diberi rawatan kecemasan di Lapangan Terbang Sydney.

Sementara itu, bekas Ketua Eksekutif dan Pengarah Urusan syarikat penerbangan itu, James Strong meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat komplikasi selepas pembedahan, semalam.

Strong adalah Ketua Eksekutif Qantas Airways pada 1993-2001 dan beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Perlumbaan Siri Automotif Australia, Supercars. - AFP

Tiada ulasan: