22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Satu
budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya,
mendapati wujudnya mana -mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang
dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip
seperti berikut. Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin tersebut
selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi
dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno.
Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil
polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan
di mahkamah.
Itulah yang terjadi pada Haji Mohd Sabu di dalam isu Bukit Kepong.
Utusan dan TV3 serang beliau lebih kurang 20 hari diikuti dengan 1,000
lebih laporan polis ke atas beliau, dipanggil polis untuk disoalsiasat
dan akhirnya didakwa di mahkamah. Nurul Izzah juga diganggu dengan modus
operandi yang sama kecuali beliau tidak didakwa seperti Mohd Sabu.
Kini nampaknya giliran YB Tian Chua. Fasa serangan ke atas Tian Chua
kini di peringkat serangan bertalu-talu oleh media Umno diketuai oleh
Utusan dan TV3, demonstrasi ke atas Tian Chua oleh mantan-mantan pegawai
atasan polis dan laporan polis. Mungkin sehari dua ini polis akan
panggil Tian Chua dan tidak mustahil Ghani Patail akan sempurnakan skrip
Umno dengan mendakwa Tian Chua.
Saya "termenonton" berita di TV 3 tentang demonstrasi oleh mantan
pegawai atasan polis ke atas Tian Chua. Salah seorang peserta
demonstrasi tersebut menyebut bahawa isu keselamatan negara tidak boleh
sama sekali dipolitikkan. Saya tersenyum dengan kenyataan tersebut
tetapi saya juga bersetuju seratus peratus dengan kenyataan tersebut.
Ya, isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipolitikkan. Namun kita
berhak bertanya, jika benar Tian Chua dilihat mempolitikkan isu Lahad
Datu bagaimanapula dengan Umno dan media yang menjadi proksi Umno?
Adakah mereka tidak mempolitikkan isu Lahad Datu atau isu keselamatan
negara?
Bukankah Utusan sendiri melaporkan kononnya Anwar Ibrahim terlibat
dalam isu Lahad Datu? Tidakkah ini dilihat mempolitikkan isu tersebut?
Bukankah kegagalan pihak kerajaan BN melalui agensi -agensi
keselamatannya mengawal keselamatan di persisiran laut di Sabah
menyaksikan para penceroboh yang lengkap bersenjata yang menggelar diri
mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu boleh dengan mudah menyelusupi
masuk tanah air kita dan berkubu di Felda Sahabat 17 di Kampung Tanduo
di Lahad Datu pada 9 Februari yang lalu.
Kenapakah kegagalan Kerajaan BN menjaga dan mengawal keselamatan
negara hingga penceroboh bersenjata mudah masuk ke negara ini tidak
dikritik oleh Umno dan media proksinya? Mengapa Anwar yang tidak
memegang kuasa dipersalahkan? Jika ini bukan mempolitikkan isu Lahad
Datu apakah namanya tindakan ini?
Isu keselamatan negara juga melibatkan isu pemberian kad pengenalan
kepada bukan warganegara dengan begitu mudah dan secara arbitrari
seperti yang didedahkan dalam perbicaraan Suruhanjaya DiRaja di Sabah.
Bukankah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab itu menunjukkan
kerajaan BN sanggup berkompromi tentang isu keselamatan negara bagi
menyelamatkan kuasa dan survival politik mereka dengan cara yang paling
tidak bermaruah?
Wajarkan golongan imigran yang baru beberapa bulan atau tahun duduk
di negara tanpa dkenalpasti kesetiaan mereka kepada negara ini dengan
mudah diberikan IC biru meskipun permohonan mereka tidak disokong oleh
apa-apa dokumen? Tidakkah satu perkara yang pelik Datuk Ambiga yang
vokal meminta kerajaan mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih
ingin ditarik warganegaraannya sedangkan para imigran begitu mudah
diberi kerakyatan. Tidakkah satu yang aneh penceroboh bersenjata yang
jejaskan keselamatan negara mudah mendarat dan berkubu di bumi Lahad
Datu dan tidak dihalau balik sedangkan Senator Australia dan aktivis
alam sekitar Taiwan yang datang ke negara ini dengan secara sah dihantar
balik hanya kerana suara mereka dilihat mengancam BN.
Amat malang kita tidak menyaksikan mantan pegawai pegawai atasan
polis yang berdemontrasi ke atas Tian Chua tidak pula menunjukkan reaksi
yang sama atas isu pemberian kerakyatan dan kad pengenalan kepada bukan
warganegara secara berleluasa di Sabah dalam keadaaan penerima IC
tersebut tidak layak diterima sebagai warganegara.
Adakah pegawai pegawai polis kanan ini juga dilanda sindrom
"demonstrasi terpilih". Adakah kegagalan mantan pegawai pegawai atasan
polis ini bersuara jauh sekali berdemontrasi dalam isu pemberian IC
kepada bukan warganegara menunjukkan mereka juga ada pengetahuan tentang
isu tersebut dan mulut mereka digam oleh BN? Atau adakah polis
tersebut merasakan pemberian IC kepada bukan warganegara tanpa mengikuti
prosedur undang-undang tidak melibatkan isu keselamatan negara kerana
operasi tersebut boleh memenangkan BN di dalam pilihan raya dan BN boleh
terus berkuasa dulu, kini dan selamanya?
Untuk mereka ..Janganlah rosakkan nama polis dengan dilihat polis sebagai pencacai Umno!!
harakahdsaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan