BETAPA bomoh berperanan dalam politik di Malaysia seolah-olah asam garam bagi UMNO dan kerajaan.
Media telah membangkitkan semula peranan bomoh menjelang PRU13
betapa masing-masing cuba mendapatkan khidmat nasihat bomoh bagi menjadi
calon. Kononnya bomoh telah membantu ramai orang untuk berjaya dalam
politik.
Mengapa Perdana Menteri Najib terlalu payah untuk mengadakan PRU13
kononnya tidak mendapat lampu hijau dari para bomoh. Adakah betul?
Tiada yang mustahil kerana kerana hubungan UMNO dengan pemimpin dan
ahli-ahlinya dengan dukun dan bomoh adalah rapat, malah masing-masng ada
bomoh khas jadi penasihat.
Persaingan untuk menjadi calon di kalangan ahli adalah hebat. Politik
wang untuk menjadi ketua cawangan dan ketua bahagian tidak memadai.
Orang yang mampu memperniagakan orang memang ramai. Duit banyak. Jawatan
pula tidak sebanyak orang yang hendak bertanding. Maka bomohlah
penasihat penentu.
Era Najib mengutarakan transformasi calon boleh menang, pemegang
jawatan dalam parti pun belum tentu boleh jadi calon. Siapa yang boleh
bertanya Najib mengapa seseorang dikatakan calon boleh menang atau tak
boleh menang. Maka khidmat bomoh jadi rujukan terakhir supaya
masing-masing disukai oleh Najib dan isterinya.
Najib sendiri tidak cukup kalau isterinya tidak tertarik. Maka nasihat bomoh amat penting supaya isteri Najib perkenan.
Malah sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra lagi bomoh sudah
berperanan. Bila tarikh pilihanraya, kononnya Tunku tanya bomoh. Memang
Tunku mendapatkan nasihat Mufti Pulau Pinang, datuk Tun Abdullah Badawi
iaitu Haji Abdullah Fahim untuk menentukan tarikh kemerdekaan. 31
Ogos 1957 diberi oleh mufti itu.
Malah pada malam setiap pilihanraya, Tunku dikatakan memakai baju khas yang sama. Adakah ia juga nasihat bomoh.
Kata Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya orang UMNO jumpa
bomoh untuk jadi calon, exco malah jadi menteri. Seolah-olah bomoh itu
besar sangat pengaruhnya.
Jika bomoh dapat membantu orang untuk menjadi calon, jadi wakil
rakyat, exco dan menteri apakah dukun itu sendiri tidak terfikir supaya
mereka saja jadi calon?
Mengapa bomoh tidak berpakat sama sendiri mereka saja jadi calon di
tempat masing-masing? Daripada memberi peluang kepada orang, apa
salahnya mereka sendiri merebut peluang itu. Biar semua MP terdiri dari
bomoh dan semua ADUN bomoh belaka.
Bomoh boleh buat parti sendiri atau bomoh juga boleh menggunakan UMNO
yang ada. Mereka tidak perlu guna politik wang dan tidak perlu lobi
sesiapa. Mereka gunakan saja ilmu bomoh masing-masing untuk menjadi
ketua cawangan dan ketua bahagian.
Biarkan orang UMNO bersusah payah buat kerja mencari penyokong dan
bila mereka datang jumpa bomoh, bomoh jampi supaya mereka tidak terpilih
sebaliknya bomoh gunakan ilmu itu untuk menaikkan dirinya.
Bagi memastikan kuasa orang Melalyu tidak terhakis, bomoh boleh
gunakan kepakarannya bertanding di kerusi ramai Cina. Biar calon DAP dan
MCA kalah supaya kawasan itu berwakil rakyat bomoh Melayu.
Sekarang orang UMNO amat susah hati dengan DAP. Kali ini bomoh
Melayu Pulau Pinang bertanding dengan Lim Guan Eng dan Karpal Singh.
Bomoh Ipoh pula lawan Lim Kit Siang.
Dari bomoh diperalatkan oleh orang UMNO, baiklah bomoh sendiri rebut
peluang itu. Biar bomoh jadi Perdana Menteri dan Menteri Besar.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan