22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KARACHI - Sebuah letupan bom kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 45
orang ketika Pakistan sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya di
kawasan penempatan Islam Syiah di Karachi, semalam.
Pegawai tertinggi Pakistan di Karachi, Hashim Raza Zaidi, berkata, letupan berkenaan berlaku pada awal pagi di pekarangan pangsapuri di bandar Abbas.
“Sisa api letupan menyambar pangsapuri berdekatan hingga menyebabkan letupan,” katanya.
Menurutnya, wanita dan kanak-kanak antara terbunuh dan cedera selepas gagal mencari jalan keluar akibat api marak.
“Sekurang-kurangnya 45 maut manakala 150 lagi cedera. Jumlah kematian dijangka meningkat selepas mangsa cedera dalam keadaan kritikal dan parah,” katanya.
Beliau berkata, ratusan rumah dan kedai rosak teruk termasuk puluhan orang ramai dilihat meninggalkan masjid berhampiran bagi menyelamatkan diri ketika menunaikan solat subuh.
“Tiada siapa mengaku bertanggungjawab, tetapi kami percaya puak militan Sunni dikaitkan dengan Al Qaeda dan Taliban terbabit dalam perbuatan ini,” katanya.
Parlimen Pakistan bubar dua minggu lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya, namun keganasan membabitkan kaum dan perbezaan agama terus meningkat. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan