05 Mac 2013

Kanak-kanak Palestin diseksa Zionis

22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


PALESTIN
$entry.content.caption.value
Kementerian Tahanan Palestin melaporkan, tahun lalu seramai 900 kanak-kanak diculik berbanding 700 pada 2011, peningkatan mendadak itu menyaksikan pelanggaran hak Israel terhadap kanak-kanak Palestin.

“Sebanyak 95 peratus daripada kanak-kanak diculik dari rumah antara jam 2 dan 4 pada waktu subuh tanpa waran dan dibawa ke destinasi tidak diketahui,” katanya.

Jurucakap kementerian berkata, kanak-kanak itu digari dan ditutup mata sebelum askar Zionis menyerang dan menghina ibu bapa mereka yang cuba menghalang anak-anak mereka dari ditangkap.

“Kebanyakan kanak-kanak diculik diseksa dan didera ketika tangkapan, askar akan memukul dan menendang mereka dengan senjata atau but. Mereka juga akan melepaskan tembakan, gas pemedih mata dan bom sekiranya dihalang," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak ditahan akan dipukul sepanjang perjalanan ke pusat tahanan.

“Setibanya di pusat tahanan kanak-kanak itu berterusan diseksa dengan tangan terikat belakang, mata ditutup dan kaki dikangkangkan. Mereka juga dipaksa berdiri beberapa jam di bawah matahari ketika musim panas melampau dan hujan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata, penyiasat Israel menggunakan kejutan elektrik semasa menyoal siasat tahanan dan memaksa kanak-kanak itu minum air panas seperti dilakukan terhadap Nassar Aref Jaradat, 16, dari bandar Sair berhampiran Tebing Barat di selatan Hebron.

Nassar diculik pada 2 Februari, 2010, dan dibawa ke kem tentera Etzion. Di sana beliau dipaksa berdiri beberapa jam dalam musim sejuk sebelum berkali-kali dipukul dan ditumbuk. Selepas itu, askar Zionis melakukan kejutan elektrik sehingga beliau tidak sedarkan diri.

Kebanyakan kanak-kanak diculik dan dihantar ke  Keryat Arba , Maaleh Adumim dan Dan Shomron. Sementara itu, Kelab Banduan Palestin melaporkan Hamza Al-Za’aol, 10, diculik Mei 2012 atas tuduhan membaling batu.

Tentera Israel menggunakan kejutan elektrik dan dipukul dengan teruk ketika dalam penjara Etzion hingga kakinya tempang.

Kelab itu mendedahkan, bilangan kanak-kanak diculik pada suku pertama tahun 2009 meningkat 443 banduan selepas menculik 14 kanak-kanak di bawah umur tahun ini.

Jawatankuasa itu berkata, kini, terdapat lebih 140 kanak-kanak Palestin masih menunggu untuk dibicarakan termasuk 32 daripadanya adalah di bawah umur 16 tahun.

sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zionis tidak menghormati orang Islam kerana orang Islam sendiri tidak menghormati Islam,bahkan ada pemimpin Islam sendiri bersengkongkol dengan musuh jahat ini untuk menganiaya sesama umat Islam. Apakah kita tidak rasa malu lagi?