SABAH
5 MAC: Sehari selepas Pakatan Rakyat mengesyor sidang meja bulat
diadakan bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu
keselamatan negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus
mengerah tentera Malaysia melakukan serangan.
Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu jam 7
pagi tadi hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari
Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan
anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.
Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang
tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian
kumpulan berkenaan.
Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang
membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi
kejadian.
Keadilan Daily mendoakan kejayaan dan keselamatan buat semua
anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terlibat dalam mempertahan
kedaulatan tanah air.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan