12 April 2013

Dana Harish mencukupi

1 Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -


Dana Harish

Dana Harish
Dana Harish mencukupi

Mata Harish tidak memberi respons walaupun sudah berusia lima bulan.
SHAH ALAM – Keluarga bayi berusia lima bulan yang menghidap saluran pernafasan sempit, Harish Ar izqin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai yang banyak membantu melengkapkan dana anak mereka.

Bapa Harish, Hasril Abu Hassan, 35, berkata, dana yang dilancarkan untuk membeli beberapa mesin berkaitan penyakit Harish kini mencecah RM12,000 dan ia satu jumlah yang memberi sinar baru buat anaknya.

“Ucapan terima kasih juga kepada Universiti Selangor (Unisel) kerana melancarkan tabung kutipan buat Harish. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Setiausaha Bahagian Korporat SUK Selangor khususnya Datuk Mohd Khusrin Munawi kerana meluluskan cuti tanpa gaji buat isteri saya,” katanya, semalam.

Harish dijadualkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) minggu hadapan untuk rawatan susulan berkaitan saluran pernafasannya manakala 29 April ini berkaitan masalah mata.

“Saya terharu dengan seorang sahabat yang sudi meminjamkan mesin SPO2 kepada anak saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan bagi meringankan beban adik Harish boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Hasril Abu Hassan 1620 5801 4436.


Sinar/-

Tiada ulasan: