1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan hospital maut apabila motosikal ditungganginya merempuh belakang lori di Kilometer 24.5, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Ramdan Abu Bakar, 28, menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Jalan Duta di laluan kecemasan gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar kon serta papan tanda sebelum merempuh belakang lori penyelenggara lebuh raya Propel.
Menurut sumber, ketika kejadian kontraktor sedang berkemas selepas selesai menyelenggarakan papan tanda.
"Mangsa melanggar papan tanda jalan yang baru hendak dibawa naik ke atas lori," katanya.
Katanya, mangsa kakitangan Hospital Ampang Puteri itu, dalam perjalanan ke tempat kerja parah di muka maut di tempat kejadian.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kes itu.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan