12 April 2013

Jepun, Taiwan meterai perjanjian

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Jepun, Taiwan meterai perjanjian

Pengerusi Persatuan Interchange Jepun, Mitsuo Ohashi (kiri) bersalaman dengan Pengerusi Persatuan Hubungan Asia Timur di Taiwan, Liao Liou-yi selepas memeterai perjanjian.
TAIPEI - Jepun, kelmarin bersetuju memberi hak kepada nelayan Taiwan yang mahu memasuki kawasan perairan berhampiran pulau pertikaian di Laut China Timur.

Menurut laporan AP, di bawah perjanjian itu, bot dari Taiwan dibenarkan memasuki zon ekonomi eksklusif berdekatan Pulau Senkaku digelar oleh Jepun dan Diaoyu oleh China.

Kerajaan Taiwan menyambut baik perjanjian tersebut kerana ia membolehkan kedua-dua pihak menikmati sumber kekayaan alam di dasar laut di kawasan itu.

Beberapa pengkritik berpendapat, tindakan tersebut bertujuan menghalang Taiwan daripada bergabung dengan China yang turut terlibat dalam konflik perebutan pulau itu.

Sinar/-

Tiada ulasan: