12 April 2013

Harimau bintang mengamuk

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Harimau bintang mengamuk

Harimau bintang ini turut mencederakan 15 penduduk.
KATHMANDU - Seekor harimau bintang mati ditembak selepas ia menyerang sebuah perkampungan hingga menyebabkan 15 orang cedera termasuk tiga pegawai polis di Gothatar pinggir Kathmandu, India, kelmarin.

Menurut jurucakap polis dalam laporan MailOnline, sepasukan pegawai Polis Lingkaran Metropolitan, Koteshwor yang disertai anggota penembak tepat berjaya membunuh haiwan itu

Sebelum ini, beberapa anak lembu ditemui mati dipercayai dibaham spesies pemangsa tersebut antara sempadan hutan pagar Mrigasthali dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pihak berkuasa kini berhadapan tekanan untuk mengelakkan serangan sama berulang selepas beberapa kejadian sebelum ini turut meragut nyawa penduduk kampung.

Sinar/-

Tiada ulasan: