12 April 2013

Seorang maut, tiga cedera ditetak

1 Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -


Seorang maut, tiga cedera ditetak

Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
SUBANG JAYA - Seorang pemilik kedai runcit maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai R Thangavellu, 25, maut di tempat kejadian selepas cedera parah ditetak.

Dalam kejadian sama juga seorang penjual burger dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berada berhampiran kedai runcit turut cedera parah ditetak oleh kumpulan yang sama.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, penyerang terdiri daripada lapan lelaki bertopeng ski menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.

Menurutnya setakat ini siasatan kejadian menjurus ke arah perselisihan faham dan dendam.

“Terdapat tetakan pada bahagian sebelah kanan kepala yang menjadi punca kematian mangsa,” katanya.

Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di Batu 18 Puchong dan menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu.

Menurut Yahya tiga yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Serdang.

“Ke semua suspek menggunakan parang untuk menyerang dan mereka  sedang dikenal pasti polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu  bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, anaknya itu pernah memberitahu ada pergaduhan berlaku di kedainya minggu lalu dan laporan polis juga  telah dibuat.

Jelas Paniselvam, dia percaya kejadian pembunuhan anaknya itu didalangi oleh suspek yang sama yang terlibat dalam pergaduhan sebelum ini.

Sinar/-

Tiada ulasan: