17 Rejab 1434 H. [MOD] -
Lukla: “Selagi ada nyawa, Hanis akan tetap tawan puncak Everest, satu
langkah nyawa dipertaruhkan, biarlah saya mati dari kalah sebelum
berjuang.”
Demi maruah keluarga dan diri sendiri selaku ketua pendaki
ekspedisi Everest-Felda 2013, LK1 Kom Siti Hanisah Sharuddin, 23,
sanggup meredah angin kencang, kesejukan melampau, berjalan malam hampir
12 jam dan ‘berkampung’ selama 60 jam di kawasan yang dinamakan Zon
Maut di Gunung Everest.
Tidak ramai pendaki sanggup berbuat demikian sehinggakan sherpa
pendaki, Temba yang mengiringi
pasukan pendaki Felda memberikan nasihat
kepada Siti Hanisah agar tidak meneruskan pendakian jika berasakan diri
tidak lagi mampu mengharungi cuaca sejuk melampau di gunung tertinggi
dunia itu.
Namun kecekalan hati, keazaman dan semangat juang tinggi yang dibawa daripada kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberikan kudrat dan kesungguhan kepada Siti Hanisah untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut.

SITI Hanisah berdiri megah bersama Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest.
“Memang banyak nasihat yang saya terima tentang keputusan untuk mendaki kali kedua setelah gagal dalam percubaan pertama pada 20 dan 21 Mei lalu. Ini kerana tidak banyak pendaki yang sanggup mencuba kali kedua kerana keletihan melampau.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan