Shah Alam: Polis menemui mayat dua lelaki disyaki dua sahabat
warganegara Indonesia dikenali sebagai Dofi, 21 dan Saiful, 19, yang
dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Seri Kembangan 1 Mei lalu.
Susulan penemuan itu, polis menahan dua individu bagi membantu
siasatan, namun setakat ini mereka tidak dapat memastikan sama ada
kedua-dua mayat terbabit mangsa yang dilaporkan hilang itu.
Walaupun siasatan awal polis mendapati mayat yang ditemui di bawah
pohon pisang dekat Sungai Klang di Seksyen 26, di sini seakan-akan
kedua-dua mangsa itu, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah
siasat untuk membuat sebarang keputusan.
Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, memang pihaknya mengesyaki mangsa adalah warga asing yang dilaporkan diculik 1 Mei lalu, namun perlu menunggu laporan bedah siasat sebelum membuat kenyataan dan mayat yang ditemui sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

GAMBAR mayat ditemui yang dimuat naik dalam Facebook.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan tapi sepanjang kes ini disiasat, kita sudah menahan dua suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan berikutan penemuan dua mayat berkenaan,” katanya.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan