17 Rejab 1434 H. [MOD] -
Gopeng: “Saya bersama tetamu lain tidak dapat mengelak kerana kereta
jenis Proton Pesona itu sudah terlalu hampir dan hanya menyedari kami
sudah tercampak beberapa meter.
“Saya kemudian segera mendapatkan anak yang sudah terbaring di
bawah khemah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke
Hospital Kampar.
“Bagaimanapun, kecederaan teruk menyebabkan anak saya terpaksa
dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan
meninggal dunia enam jam kemudian akibat kecederaan parah di kepala,”
kata T Thenarasu, 24, bapa kepada Thamilarasan, 18 bulan yang maut dalam
kejadian sebuah kereta dinaiki empat lelaki dipercayai penjenayah
dikejar kereta peronda polis yang terbabas dan melanggar khemah majlis
kenduri kahwin di Kampung Kopisan, jam 11 malam kelmarin.
Mangsa bersama bapa dan ibunya serta beberapa tetamu lain sedang menjamu selera di bawah khemah sebelum mereka dirempuh kereta dinaiki empat suspek berkenaan.
Mangsa bersama bapa dan ibunya serta beberapa tetamu lain sedang menjamu selera di bawah khemah sebelum mereka dirempuh kereta dinaiki empat suspek berkenaan.
KERUSI dan meja berselerak selepas sebuah kereta yang dikejar polis merempuh majlis perkahwinan.
Insiden pilu itu menyebabkan mangsa, bersama bapanya, tercampak beberapa meter.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan