Hull: Nicol David gagal memenangi gelaran kelimanya pada Skuasy Terbuka British apabila tewas kepada pemain tuan rumah dan pemain nombor dua dunia Laura Massaro dalam empat set 11-4, 3-11, 12-10, 11-7 pada aksi final di KC Stadium, malam tadi.
Perlawanan yang berlangsung 53 minit itu jelas dikuasai pemain England itu, yang sekali gus menjadi pemain tuan rumah pertama memenangi kejohanan itu sejak 1991.
Nicol berkata: “Sebenarnya saya lebih melihat apa yang dia lakukan, tidak fokus kepada pukulan saya. Dia bermain baik dan saya cuba bermain lebih baik tetapi dia dapat menjangkau semua bola dan mengembalikannya.
“Kredit kepadanya, anda tidak boleh beranggapan bahawa perlawanan akan memihak kepada anda jika menentang Laura, anda perlu sentiasa berwaspada, hari ini dia membuktikannya lagi.
“Saya tahu permainan saya baik, saya bekerja keras tapi semasa perlawanan apa yang dirancang tidak menjadi, sedangkan lawan pula bermain baik.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan