- Satu gabungan NGO mengancam untuk membuat perarakan besar sekiranya para pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak meletak jawatan atau dipecat dari jawatan tersebut.
- Penganjur berkenaan, termasuk NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut, sembilan perhimpunan yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu hanyalah satu permulaan. Demikian menurut satu sumber dari Malaysiakini seperti dipetik sebagai berkata.“Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalan raya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.“Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu (pemimpin) SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung,” kata gabungan NGO tersebut dalam satu kenyatan.Gabungan NGO berkenaan, yang menggunakan nama 'Suara Rakyat 505' merancang untuk menghimpunkan 500,000 orang bagi tujuan tersebut.Perhimpunan terakhir pada hari Sabtu lalu menyaksikan kira-kira 70,000 orang hadir bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum lalu.Dalam kenyataan hari ini juga, Suara Rakyat 505 menyebut bahawa pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin menerima notis dari pasukan polis supaya hadir ke balai polis daerah Seremban.
27 Mei 2013
Baru permulaan , NGO ancam perarakan lebih besar
17 Rejab 1434 H. [MOD] -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan