Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sabuah gerakan Islam. PAS di asaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini.
Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam.
PAS ingin tegaskan bahawa pertembungan PAS bukan sahaja dengan fahaman nasionalisma, bahkan apa jua ideologi bertentangan dengan syarak. PAS menentang sekularisma, sosialisma, komunisma, dan pragmatisma dan sebarang ideologi yang bertentangan dengan dasar Islam, walau apa ism sekalipun. PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO, tetapi dasar yang di bawa oleh UMNO yang bercanggah dengan syarak, iItu dasar nasinalisma, menghalalkan amalan riba dalam sistem ekonomi, mengizinkan kemungkaran yang diberi lesen dan alainnya yangbnyata bercanggah dengan dasar syarak. Maka demikianlah PAS akan menolak sosialisma, walau ia bukan UMNO. Ini dasar yang kita pegang. Matlamat untuk memerintah negara tidak mengizinkan kita menerima sebarang cara yang tidak syarie.
Penerimaan kita bekerjasama dengan pelbagai parti mesti ada ikatan tahaluf, yang mengikat kita dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Akibat kebencian kepada parti pemerintah yang membuak- buak oleh semua pihak, maka terkadang kita terikut- ikut arus kemarahan, tanpa memikir apa asas penentangan kita. PAS tiada ikatan tahaluf selain PKR dan DAP. Sebarang ikatan rakan dalam PR dengan pelbagai kumpulan di luar adalah ikatan yang tidak boleh memaksa PAS menerima sama. PAS akan meneliti prinsip syarak, apakah Islam membenarkan atau sebaliknya. Ini patameter kita dalam meujudkan kerjasama.
Perjuangan kita bukan sekadar menumbangkan satu sistem jahiliyyah dan membina satu jahiliyyah yang lain. Kita berjuang untuk tegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Perjuangan yang meletakkan prinsip dosa dan pahala, halal dan haram serta patuh syariah sebagai prinsip.
Isu rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan, penindasan, dan lain adalah kemungkaran yang berleluasa dalam negara. Namun harus diingat pergaulan bebas, arak, perzinaan, riba, eksploitasi wanita, monopoli sumber ekonomi, kemiskinan akhlak dan budaya juga kemungkaran yang mesti ditentang. Hakikat ini memerlukan pendokong parti memahami asas perjuangan PAS, bukan hanya ghairah untuk lawan tanpa memahami kemana hala tuju perjuangan selepas tumbangnya sistem jahiliyyah ini.
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat
1 ulasan:
mau kena dok slalu kena peringat cmtu, barula hilang ketegaq n baran yg tlmau walak tu..pebetui blik
Catat Ulasan