27 Mei 2013

Bandar maju tetapi keadaan tandas teruk

17 Rejab 1434 H. [MOD] -


Bandar maju tetapi keadaan tandas teruk
Beginilah keadaan tandas awam terletak di perhentian bas dan teksi bandar Inderapura yang kecil dan jumlahnya tidak mencukupi untuk menampung bilangan pengguna.
 
JERANTUT - “Bandar makin maju tetapi kemudahan tandas awam masih kurang memuaskan, malu bila ada orang luar datang sini dan lihat tandas kotor serta kecil.”

Demikian luahan penduduk tempatan, Siti Mariam Md Hasni, 32, yang kurang berpuas hati dengan kemudahan tandas awam di perhentian bas dan teksi Bandar Inderapura, di sini.

Menurutnya, lokasi terbabit menjadi tumpuan ramai memandangkan terdapat banyak pasar raya berhampiran perhentian tersebut.

“Memang kita tak selesa bila gunakan tandas awam di situ. Bayangkan kalau ada yang sakit perut, orang pula ramai dan tandas sedikit, nak balik rumah pula jauh.

“Sepatutnya, kemudahan tandas perlu dalam keadaan selesa dan bersih serta banyak,” katanya.

Justeru itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membina sebuah tandas awam yang lebih besar, selesa dan banyak.

Sementara itu, pengusaha restoran yang hanya mahu dikenal sebagai Mohamed, 40, berkata, ketiadaan tandas awam di bandar ini menyebabkan orang ramai terpaksa menumpang menggunakan tandas di restorannya.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kepada pekerja dan pelanggannya.

“Bukan saya tidak mahu bagi mereka guna tandas di restoran saya ini tetapi jika jumlahnya ramai, timbul pula masalah lain.

“Jika mereka makan atau minum di sini tidak mengapa tetapi mereka orang luar yang hanya mahu menggunakan tandas. Restoran saya yang terletak berhampiran kawasan ini menjadi sasaran mereka,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: