15 Ogos 2013

Bantah kementerian dimansuh, 10 bekas pekerja cuba bunuh diri

8 Syawal 1434 H. [MOD] -

BEIJING 15 Ogos - Sekurang-kurangnya 10 orang cuba membunuh diri secara beramai-ramai dengan meminum racun perosak sebagai membantah pemansuhan Kementerian Kereta Api Kebangsaan yang menyebabkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran, lapor media tempatan semalam.


Beberapa anggota kumpulan itu memakai kemeja-T yang tertera perkataan 'Harbin Railway Bureau' dan kesemua mereka telah dibawa ke hospital oleh polis dan ambulans, lapor akhbar South China Morning Post.

Kementerian Kereta Api China yang mempunyai ramai pekerja, dimansuhkan pada Mac lalu dan diserapkan ke Kementerian Pengangkutan, manakala Harbin, sebuah bandar di wilayah Heilongjiang, timur laut China, adalah antara kawasan yang teruk mengalami masalah pengangguran ekoran pembaharuan industri milik kerajaan sejak lewat 1990-an oleh bekas Perdana Menteri Zhu Rongji.

Menurut laporan akbar itu, kejadian itu berlaku di sebatang jalan berhampiran stesen kereta api barat Beijing, sebuah hub pengangkutan utama di bandar raya itu, semalam, tetapi tidak dimaklumkan sama ada terdapat mangsa yang maut dalam insiden tersebut. - AFP

Tiada ulasan: