15 August 2013

Tiga Beradik Hilang Ditemui

8 Syawal 1434 H. [MOD] -

Dari kiri: Syarafuddin Syazwan Rizauddin, 11, Syarir Syafi Rizauddin, 8, and Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, hilang pada petang Selasa.
IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang oleh ibu tunggal mereka pada Selasa dipercayai telah ditemui.
Bapa saudara kepada kanak-kanak itu, Saiful Azril Ishak menghantar mesej kepada wartawan menyatakan bahawa anak mereka telah ditemui pada kira-kira pukul 10 malam Rabu.

Mesej berkenaan berbunyi "Salam kawan2 (kawan-kawan). Terima kasih all. Anak buah aku dah jumpa. Mlm nie (malam ni) buat report (laporan) pengesahan jumpa"
Sharafuddin Rizauddin Syazwan, 11, Syarir Syafi, lapan dan Syauratul Syafiah, enam, hilang selama lebih 24 jam sejak Selasa dari rumah mereka di Taman Meru 2B antara 2 petang dan 6 petang.
Ibu kanak-kanak yang merupakan pekerja kilang Safarela Azwa Ishak, 36, begitu bimbang atas kehilangan anak-anaknya.
Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu ditemui di Gombak
.Mstar/-

No comments: