15 Ogos 2013

Zahid Hamidi kekal pemenang kerusi Parlimen Bagan Datoh


8 Syawal 1434 H. [MOD] -

IPOH: Datuk Seri Dr Zahid Hamidi kekal sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen pilihan raya yang membantah kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. 


Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas menerima bantahan awal dikemukakan responden terhadap dua petisyen dikemukakan terhadap Parlimen Bagan Datoh. 

Pada PRU-13, Zahid mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh selepas menewaskan calon PKR, Madhi Hassan dengan majoriti 2,108. 

Tiada ulasan: