22 Oktober 2013

Keadaan banjir di Manjung tidak berubah, 1,068 mangsa dipindahkan

17 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


IPOH: Keadaan banjir di daerah Manjung tidak berubah dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir meningkat kepada 1,068 orang. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Asri Mohd Ariff berkata setakat ini hujan telah berhenti, namun kesemua mangsa belum dapat dibenarkan pulang ke rumah berikutan paras banjir tidak berubah.


"Jumlah mangsa di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan meningkat kepada 82 orang berbanding 78 orang tengah hari tadi manakala di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai juga meningkat kepada 108. 

"Mangsa banjir masing-masing di Dewan Taman Bintang dan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu juga meningkat iaitu seramai 204 dan 674 orang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 


Mangsa banjir melibatkan penduduk di Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari. 


Selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca berlaku banjir. - BERNAMA 

Tiada ulasan: