MP Pengerang Datuk Seri Azalina Othman hari ini tampil dengan pendirian berbeza ke atas cadangan pindaan peruntukan Kanun Keseksaan, dengan hujah bahawa pindaan tersebut mungkin menjadikan “orang tidak bersalah” sebagai mangsa.
"Bagaimana jika ia seorang anak muda yang tidak memikirkan kesan tindakannya? Dia akan dipenjara bersama perogol dan pembunuh,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang pindaan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau seterusnya menyeru agar individu yang melakukan kesalahan dalam kes seperti itu diwajibkan kaunseling.
“Jika (orang) yang sama mengulangi kesalahan lima atau 10 kali, maka bolehlah diterima (untuk menghukum mereka).
“Jika seseorang membakar bendera kebangsaa, mungkin orang itu nakal (atau) tidak waras, bukannya jahat semata-mata,” katanya.
Malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan