22 October 2013

Banyaknya untung : Kajian dapati kos seunit iPhone 5S hanya RM640

17 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Cerita iPhone
Kajian dapati kos seunit iPhone 5S hanya RM640

Walaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan telefon berkenaan tidak jauh berbeza.


IHS Inc dalam kajiannya mendapati, kos melengkapkan pada komponen iPhone 5S 16-gigabait (GB) adalah AS$190.70 (RM615). Ditambah kos pengeluaran AS$8 (RM25.80), menjadikan kos keseluruhan pengeluaran model itu ialah AS$198.70 (RM640) seunit. 


Sebagai perbandingan, iPhone 5 yang dilancarkan setahun lalu membabitkan kos AS$197 (RM635). 

Penampilan iPhone 5S dengan pelbagai ciri baru dalam dunia telefon pintar seperti pemproses aplikasi 64-bit dan pengimbas pengenalan ibu jari, tetapi tidak membabitkan peningkatan kos yang terlalu tinggi. 


Firma penyelidikan itu juga mendapati, iPhone 5C 16 GB, varian lebih murah berbanding 5S dengan anggaran kos pengeluarannya sekitar AS$173.45 (RM558) seunit. 


5C secara asasnya adalah iPhone 5 yang dibalut plastik kerana mendapati produk ditampilkan dengan ciri hampir sama, cuma mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan menerusi pembelian pukal komponen serta kerangka plastik lebih murah. 


Model beerkenaan dijual pada AS$549 (RM1,768) tetapi dipasarkan pada harga sekitar AS$99 (RM319) menerusi kontrak perkhidmatan dua tahun. 


Ini adalah telefon pintar termurah pernah dikeluarkan Apple sejajar usahanya melonjakkan jualan di China dan kalangan negara membangun dan dunia ketiga.


Ini berikutan sebahagian besar daripada pelanggan di negara berkenaan masih belum bersedia untuk membuat pelaburan membeli peranti pintar seperti di Amerika Syarikat dan Eropah. 


Bagaimanapun, pelbagai pihak terus mengkritik Apple kerana mendakwa iPhone 5C terlalu mahal di negara berkenaan. Mengikut IHS, walaupun kos pengeluaran secara asasnya rendah bagi iPhone 5C berbanding iPhone 5, kos berkenaan sebenarnya adalah dalam jajaran tinggi.


Justeru, untuk menjual 5C sepadan dengan kedudukannya sebagai telefon pintar murah pada AS$400 (RM1,288) seperti jangkaan pasaran, syarikat itu perlu menurunkan kos pengeluaran 5C pada kira-kira AS$130 (RM418) seunit. BH/-

No comments: