22 Oktober 2013

Hazizul Hakim menang cipta logo Muktamar PAS ke-59

17 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,22 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Pertandingan mencipta logo Muktamar Tahunan PAS ke-59 mendapat sambutan penyertaan di luar jangkaan. 

Setiausaha penganjur, Shuhaimi Embong memberitahu pihak jawatankuasa terpaksa melakukan beberapa saringan dan mengambil masa hampir sebulan untuk menilai setiap penyertaan sebelum keputusan pemenang dapat diumumkan. 

“Terdapat seramai 117 peserta yang hantar penyertaan. Hanya 114 sahaja yang dikira sah dan terdapat 3 peserta lagi peserta diterima melewati jam 12 malam pada 25 September 2013  selepas penyertaan ditutup tak diambil kira penyertaannya,” katanya yang juga Pengarah IT PAS Pusat. 

Katanya, setelah 3 pusingan saringan dilakukan oleh jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemilih pertandingan logo telah berpuas hati untuk memutuskan Hazizul Hakim Mohd Jais sebagai pemenang dalam mesyuarat panitia induk malam tadi.

Sementara itu, jawatankuasa juga bersetuju untuk memberikan saguhati kepada 10, iaitu tambahan daripada 5 yang disebutkan sebelum ini. 

“Pihak urusetia akan menghubungi pemenang dan 10 penerima saguhati setelah beberapa urusan teknikal berhubung kelulusan hadiah pertandingan ini diselesaikan oleh pihak penganjur,” katanya kepada Harakahdaily.

Hadiah kepada pemenang, iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 dan 10 pemenang sagu hati akan disampaikan pada hari pertama Muktamar PAS ke-59 pada 22 November nanti di Shah Alam.

Tiada ulasan: