25 Oktober 2013

Apa kejutan dalam belanjawan hari ini?


20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Apa yang ada dalam Belanjawan 2014? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkannya di Parlimen pada jam 4 petang ini. Marilah kita mengikuti pembentangan ini.

Beliau pagi ini mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan untuk membentangkannya.

Belanjawan pertama selepas pilihan raya umum ke-13 ini mendapat perhatian pelbagai pihak, antaranya ekoran spekulasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditentang hebat Pakatan Rakyat , akan diperkenal.

Antara yang menarik dan sering ditunggu-tunggu ialah berapakah bonus yang akan diberikan kepada kakitangan kerajaan. Tetapi jangan kita alpa mengenai apakah sebenarnya manfaat bajet kepada rakyat Malaysia yang tidak punya pekerjaan dan hidup dipendalaman dan inilah yang sebenarnya yang perlu diambil perhatian dalam bajet tahunan.


Laman Cina Islam akan cuba memberikan gambaran mengenai pembentangan Belanjawan 2014 pada hari ini kepada pengunjung setia kami.

Tiada ulasan: