25 October 2013

Sg Limau: PAS Kedah rayu sumbangan


20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah merayu penyokong dan pendukung di seluruh negara khususnya para dermawan dan korporat untuk membantu memenuhi keperluan gerak kerja sepanjang PRK N.20 Sungai Limau menerusi sumbangan dana.

“Inilah peluang dan masa paling afdal meletakkan sumbangan derma kita. Mungkin kita tidak punya kesempatan masa dan tenaga untuk turut serta di medan jihad PRK Sungai Limau. Tetapi sumbangan dana wang ringgit itulah jihad kita pada masa ini.

“Tempoh ini sangat terhad dan penentu menang kalah. Jadi sumbangan yang diberikan sangat membantu usaha jentera kita mempertahankan maruah dan suara Islam untuk mengekalkan kemenangan kita di Dun Sungai Limau,” Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar. 

Katanya, kesempatan ini tidak akan berulang lagi. 

“Jadi, sampaikan sumbangan itu sebagai pelaburan saham terbaik dan pengorbanan kita untuk agama Allah SWT,” ujarnya. 

Bagi pihak PAS Kedah, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas sumbangan yang akan diberikan.

Ujarnya, sebagai tuan rumah, PAS Kedah berhasrat sedaya upaya memenuhi keperluan rutin petugas PRK Sungai Limau agar segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Selain itu katanya, dana tersebut juga bagi memastikan semua strategi untuk kempen dan menghadapi tindak balas BN yang dimaklumi memperkudakan kekuatan seluruh jentera kerajaan juga akan terlaksana mengikut perancangan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) nombor 02011010006747 atas nama Perhubungan PAS Negeri Kedah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria di talian 013-4481030.

Harakahdaily/-

No comments: