25 October 2013

Ayah Menteri JPM doakan Ustaz Azam menang


20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

JERAI: Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.

Beliau yang gembira dengan kedatangan rombongan PAS itu turut berharap agar PAS terus menguasai Dun Sungai Limau dan meneruskan apa yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.

Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Jelas Mahfuz, Baharom merupakan ahli PAS yang setia dengan perjuangan parti dan banyak bantuan diberikan bagi memastikan PAS Kawasan Jerai dapat bergerak dengan lancar.

"Sehingga sekarang beliu masih menjadi ahli PAS dan setiap tahun sentiasa membayar yuran.

"Dan sewaktu berbual dengannya, beliau turut mendoakan agar calon kita, Ustaz Azam dapat memenangi kerusi Dun Sungai Limau agar apa yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Azizan dapat diteruskan," jelasnya.

Mahfuz memberitahu, walaupun Jamil Khir ahli Umno namun Baharom tetap bersama PAS dan sentiasa mengikuti setiap perkembangan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Katanya lagi, kunjungan itu bukan untuk mengambil kesempatan atas suasana pilihan raya, tetapi atas dasar sahabat lama
.

No comments: