25 Oktober 2013

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat

20 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi. 


Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014. 


Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok. 


Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok. 


"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.


Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600. 


Harakahdaily/-

Tiada ulasan: